Wednesday, October 7, 2009

Beraya dengan Gajah?

Pada hari raya ke-3 kami balik ke Terengganu dari taiping. Untuk mengelakkan Jamm kami lalu jalan simpang pulai - gua musang dan gua musang - kuala berang. Jalan gua musang - kuala berangmemang sunyi sikit mula2 lalu ikut felda ciku 2 lepas tu lalu di pinggir taman negara dan menyusuri tasik kenyir. Permandangan sepanjang perjalanan kami memang sangat cantik.... Sebelum tiba ke tasik kenyir, ada satu tempat gajah santuari, masa lalu last year kami tak singgah, this year mama mmg janji awal2 lagi nak singgah, jadi bolehlah shamil tengoh gajah dengan lebih dekat..... beraya dengan gajah. Masa singgah ni ada dua ekor gajah sahaja, satu besar dan satu kecil....


No comments:

Post a Comment