14 - 17 may mama outstation ke Singapore, tinggallah Shamil, Fareen dan Shakil dengan bapak dan mi. Mama pesan kat Shamil utk jaga adik2 dan mama akan belikan present. Mama belikan LEGO untuk shamil.. best nya boleh la combine dengan lego lama yang dah banyak hilang tuh....
25 April lepas Krista Shamil buat Sport's Day. Shamil bangun awal dan excited nak ke sport's day. Shamil nak menyanyi dan menari lagu yang kami dah lebih sebulan practice ni. Shamil main 1 game saja dan dapat silver medal..ok la tu. Shakil dan Fareen pun datang untuk support Shamil. Tapi bila dah pukul 11 lebih Shakil dah penat mula la menangis nak tido, so mama ajak balik lagipun game Shamil dah habis. Rupa2nya lepas Shamil balik Shamil dapat lucky draw basikal tapi Shamil dah tade so orang lain la yang dapat basikal tu... Tak pe la lagi pun baru 2 minggu lepas mi belikan basikal baru untuk Shamil.
April lepas mama & bapak bawak Shamil holiday ke Padang dan Bukittinggi. Best sangat, kami bermalam 2 malam di Bukittinggi dan 2 malam di Padang. Di bukittinggi Shamil melawat Jam Gadang, Tasik Maninjau, naik kereta kuda dan shopping. Shamil siap mandi lagi kat tasik tuh, tapi nak sampai situ kene lalu 44 bends mama dah pening tapi Shamil ok je. Kat Padang pulang Shamil mandi di pantai Malim Kundang. Masih ada lagi batu berbentuk manusia, tali kapal dan bakul/kotak kayu. Ikutkan lagenda, Malim Kundang disumpah menjadi batu sebab menderhaka kepada ibunya. Shamil nak jadi anak yang baik...anak yang soleh..InsyaAllah.... Pastu kami shopping lagi di ramayana dan matahari padang. Yang paling seronok shopping siapa lagi kalau bukan mama. Shamil dah penat pun mama tak penat2 jugak lagi....
Dalam plane, Shamil tengah excited nak holiday.
Baru pukul 9 pagi, singgah breakfast dulu tapi kat kedai ada nasi padang aje..makan je la....
Air Terjun apa tah on the way to Bukittinggi Jam Gadang
Monyet yg menunggu kacang....
Tasik Maninjau. Tasik bekas kawah gunung berapi. Shamil sempat lagi mandi...
2007 Shamil tak holiday mana2 tapi 2008 bapak & mama bawak Shamil, Fareen dan Shakil ke Cameron Hignland. Best jugak sejuk2 pun kami mandi sungai dan dapat makan icecream strawberry, buah strawberry, melawan ladang cactus and teh.
Pada 2006 Shamil dan family ke Medan, tapi kali ni bawak sekali mi, tah dan arwah tok. Seronok jalan ramai-ramai tapi kat sana bapak dan arwah tok demam. Kami tak berjalan banyak sangat cuma ke Berastagi dan shopping kat medan aje lagipun Fareen kecik lagi masa tu....
Bersiap untuk berjalan..
On the way to Berastagi
Shamil yang kepenatan selepas sehari berjalan. Sampai hotel terus tidur.
Menunggu taxi di lobby hotel utk ke airport. Dah nak balik dah...