Masa kat terengganu, shamil teman mi berkemas dan masa berkemas tu shamil terjumpa cermin mata arwah pak. Jadi shamil pun try la pakai..kot2 sesuai..OK tak?
Thursday, October 8, 2009
Wednesday, October 7, 2009
Beraya @ Terengganu
3rd raya shamil & family balik beraya di terengganu pulak... Malam ni mi sampai, tahun ni mi berpuasa dan beraya di mekah.... Kene sampai sebelum mi sampai ni..Tak boleh berhenti lama2 ni....akhirnya Alhamdulillah kami sampai 15 minit sebelum mi sampai.. :) .. Tahun ni semua beraya di rumah che long ..meriah rumah che long..... Shamil dah tak sabar nak jumpa che long, che ngah, ayah chik dan kak na untuk collect duit raya ni........
Beraya dengan Gajah?
Pada hari raya ke-3 kami balik ke Terengganu dari taiping. Untuk mengelakkan Jamm kami lalu jalan simpang pulai - gua musang dan gua musang - kuala berang. Jalan gua musang - kuala berangmemang sunyi sikit mula2 lalu ikut felda ciku 2 lepas tu lalu di pinggir taman negara dan menyusuri tasik kenyir. Permandangan sepanjang perjalanan kami memang sangat cantik.... Sebelum tiba ke tasik kenyir, ada satu tempat gajah santuari, masa lalu last year kami tak singgah, this year mama mmg janji awal2 lagi nak singgah, jadi bolehlah shamil tengoh gajah dengan lebih dekat..... beraya dengan gajah. Masa singgah ni ada dua ekor gajah sahaja, satu besar dan satu kecil....

Raya di Taiping .....
Tahun 2009 ni Shamil beraya di Taping dulu, 3rd raya baru balik Terengganu....Apa lagi, collect duit raya la.....Shamil nak beli Transformers dengan duit raya ni tapi mama tak bagi..mama suruh menabung di Tabung haji.....Shamil dah ada akaun Tabung Haji....nanti boleh la jadi 'Haji Muda' insyaAllah...


Singapore Lagi....Jun 09

kalau last month Shamil kene tolong bapak jaga adik2 sebab mama outstation ke Singapore, bulan ni shamil kene tolong mama pulak gaja adik2 sebab bapak pulak yg outstation ke singapore jugak. Last month Shamil dapat lego dari singapore, kali ni bapak beli T-shirt 'Singapore', sama dengan Fareen dan Shakil....
Tuesday, June 9, 2009
Upin & Ipin
LEGO
Krista Sport's Day
25 April lepas Krista Shamil buat Sport's Day. Shamil bangun awal dan excited nak ke sport's day. Shamil nak menyanyi dan menari lagu yang kami dah lebih sebulan practice ni. Shamil main 1 game saja dan dapat silver medal..ok la tu. Shakil dan Fareen pun datang untuk support Shamil. Tapi bila dah pukul 11 lebih Shakil dah penat mula la menangis nak tido, so mama ajak balik lagipun game Shamil dah habis. Rupa2nya lepas Shamil balik Shamil dapat lucky draw basikal tapi Shamil dah tade so orang lain la yang dapat basikal tu... Tak pe la lagi pun baru 2 minggu lepas mi belikan basikal baru untuk Shamil.
Padang - 2008
April lepas mama & bapak bawak Shamil holiday ke Padang dan Bukittinggi. Best sangat, kami bermalam 2 malam di Bukittinggi dan 2 malam di Padang. Di bukittinggi Shamil melawat Jam Gadang, Tasik Maninjau, naik kereta kuda dan shopping. Shamil siap mandi lagi kat tasik tuh, tapi nak sampai situ kene lalu 44 bends mama dah pening tapi Shamil ok je. Kat Padang pulang Shamil mandi di pantai Malim Kundang. Masih ada lagi batu berbentuk manusia, tali kapal dan bakul/kotak kayu. Ikutkan lagenda, Malim Kundang disumpah menjadi batu sebab menderhaka kepada ibunya. Shamil nak jadi anak yang baik...anak yang soleh..InsyaAllah.... Pastu kami shopping lagi di ramayana dan matahari padang. Yang paling seronok shopping siapa lagi kalau bukan mama. Shamil dah penat pun mama tak penat2 jugak lagi....
Cameron Highlands - 2008
2007 Shamil tak holiday mana2 tapi 2008 bapak & mama bawak Shamil, Fareen dan Shakil ke Cameron Hignland. Best jugak sejuk2 pun kami mandi sungai dan dapat makan icecream strawberry, buah strawberry, melawan ladang cactus and teh.
Medan - 2006
Pada 2006 Shamil dan family ke Medan, tapi kali ni bawak sekali mi, tah dan arwah tok. Seronok jalan ramai-ramai tapi kat sana bapak dan arwah tok demam. Kami tak berjalan banyak sangat cuma ke Berastagi dan shopping kat medan aje lagipun Fareen kecik lagi masa tu....
Subscribe to:
Posts (Atom)












































